Wednesday, September 22, 2021

Mungkinkah Parlimen akan terbubar secara automatik?

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata wujud persoalan mungkinkah Parlimen akan terbubar secara automatik berdasarkan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Ia kerana katanya timbul pandangan Parlimen perlu bersidang semula dalam tempoh enam bulan selepas persidangan terakhir atau lebih tepat perlu bersidang selewat-lewatnya pada 29 Jun  2021 dan jika gagal berbuat demikian Parlimen dikatakan boleh terbubar secara automatik.

“Tetapi tampak seperti kerajaan PN masih berat hati benarkan Parlimen segera bersidang. Ke sana ke sini, pusing sana pusing sini,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu telah pun bertitah supaya Parlimen bersidang secepat mungkin,” katanya.

“Terbaru Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat kata Parlimen hanya boleh bersidang secara hibrid Ogos atau September 2021,” katanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Katanya,  ada juga yang menafikan pandangan Parlimen boleh terbubar secara automatik.

“Mereka kata negara dalam Ordinan Darurat maka Parlimen tidak boleh bersidang. Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai.

“Tetapi Yang di-Pertuan Agong telah pun bertitah pada 24 Februari 2021 bahawa Parlimen boleh bersidang sepanjang tempoh darurat,” katanya lagi.

Seterusnya kata Ahmad Zahid lagi, maka adakah pihak mengatakan Parlimen tidak boleh bersidang semasa Ordinan Darurat mahu menidakkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Benda senang jadi susah buat apa, benarkan Parlimen bersidang. Kalut itu kalut ini untuk apa? Sidang Parlimen hak rakyat lambang demokrasi,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru