Tuesday, June 28, 2022

Mayat mangsa jatuh ke dalam sungai ditemui

Secara Rawak

MUKAH: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika mengemudikan perahu di Sungai Kut ditemui lemas petang semalam.

Mayat James Maun, 48, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, lokasi kejadian itu berlaku di muara sungai Batang Igan.

Berikutan itu katanya, operasi SAR dilakukan dengan pencarian di permukaan air menggunakan bot orang kampung sejauh satu kilometer (km).

“Mayat mangsa dijumpai orang kampung pada 4.35 petang sebelum diserahkan kepada pihak Polis sebagai tindakan lanjut. Susulan penemuan itu operasi SAR dihentikan pada 5.00 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama tiga orang ahli keluarga dalam perjalanan pulang setelah selesai menerima suntikan vaksin di Stadium Dalat.

Berikutan itu satu laporan Polis dibuat sebelum ops SAR dilancarkan.

Selain bomba operasi turut disertai penduduk kampung dan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru