Sunday, May 22, 2022

Lima lagi kluster dikesan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan terdapat lima lagi kluster baharu dikesan di Sarawak, semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) lima kluster tersebut melibatkan Kluster Luteng, Telang Usan; Kluster Po Ai, Sri Aman; Kluster Blimbing, Bau; Kluster Simpang Koko, Sarikei; dan Kluster Jalan Semariang, Kuching.

Kata JPBN, bagi jumlah kes positif melibatkan kluster berkenaan Kluster Po Ai mencatat kes positif tertinggi dengan 103 kes, diikuti dengan Kluster Simpang Koko (59 kes), Kluster Luteng (44 kes), Kluster Jalan Semariang (36 kes) dan Kluster Blimbing (22 kes).

Dalam pada itu, JKNS juga mengisytiharkan terdapat satu kluster tamat iaitu Kluster Jalan Rubber, Kuching menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif di negeri ini sebanyak 97.

Dalam perkembangan lain, setakat hari ini juga semua daerah kekal dengan 29 daerah berstatus Merah, tiga daerah berstatus Jingga, tujuh daerah berstatus Kuning dan satu daerah berstatus Hijau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru