Sunday, December 5, 2021

Lima daerah di Sarawak catat sekitar 56 peratus daripada 242  kes

Secara Rawak

KUCHING: Untuk pertama kali selepas beberapa minggu merekodkan sekitar 500 kes, hari ini Sarawak memperlihatkan penurunan kes  positif Covid-19 yang ketara.

Hanya 242 kes  direkodkan berbanding 409 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 64,475.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  dalam satu kenyataan  berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 55.78 peratus dikesan di lima buah daerah membabitkan daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (51), Sibu (27), Bintulu (20), Miri (19), Mukah (18), Tatau (15), Sarikei (11) dan Bau (9).

“Turut merekodkan kes baharu Belaga (7), Kanowit (7), Kapit (6), Telang Usan (6), Serian (6), Subis (5), Sebauh (5), Saratok (5), Pakan (4), Dalat (4), Selangau (4), Song (3), Sri Aman (3), Tanjung Manis (1), Tebedu (1), Bukit Mabong (1), Beluru (1), Simunjan (1), Betong (1) dan Samarahan (1),” katanya.

Daripada 242 kes baharu yang dilaporkan, seramai 30 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 191 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan terdapat dua kes kematian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 telah bertambah kepada seramai 408 orang.

“Kematian itu melibatkan seorang lelaki berumur 92 tahun yang dilaporkan di Hospital Sarikei dan seorang perempuan berumur 65 tahun di Hospital Miri,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru