Sunday, July 3, 2022

Lelaki sesat di dalan hutan dijumpai dalam keadaan lemah

Secara Rawak

LUBOK ANTU: Seorang lelaki dipercayai tersesat ketika keluar memancing Sabtu lalu ditemui dalam keadaan lemah lebih kurang satu kilometer daripada Pusat Kawalan Bomba (PKB), kira-kira 3:15 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa Jimbun Mawas, 46 ditemui oleh pasukan SAR.

“Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan lemah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, Jimbun pada Sabtu masuk ke dalam ladang sawit Sukong untuk memancing.

Namun, seperti dimaklumkan oleh isterinya, pada Ahad kira-kira 7:30 pagi, mangsa ada menghubunginya menyatakan beliau tersesat di ladang sawit sekitar kawasan Bukit Bulo.

Tambah Vincent, operasi SAR terdahulu menemukan motosikal mangsa dan bekas potongan pada ranting kayu.

Sebaik ditemui menurut pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman yang turut menyertai operasi, mangsa terus diberikan rawatan awal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru