Sunday, July 3, 2022

Lelaki maut serta-merta dalan kemalangan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia selepas motosikal dipandunya terbabas di Jalan Kampung Baru, sekitar jam 1 pagi semalam.

Mangsa, Abdullah Talip Seri iaitu penunggang motosikal jenis Modenas maut serta-merta di lokasi kejadian manakala pemboncengnya seorang lelaki berusia 17 tahun cuma mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, insiden berlaku ketika motosikal dinaiki kedua-dua mangsa bergerak dari arah Kota Samarahan menuju ke Asajaya.

“Motosikal ditunggang oleh mangsa (maut) dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang lampu.

“Penunggang yang disahkan maut di tempat kejadian telah dibawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala pemboncengnya turut dibawa ke HUS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati cuaca ketika insiden adalah baik dan keadaan jalan sedikit berselekoh.

Jelasnya, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru