Friday, August 19, 2022

Kabong kini jingga

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan daerah Kabong kembali ke status jingga daripada status merah semalam.

Menurut JPBN, ia berlaku disebabkan daerah berkenaan telah merekodkan sejumlah 29 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah berkurang kepada 29 daerah dan daerah berstatus Jingga sebanyak tiga daerah,” kata JPBN menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan daerah Dalat kembali ke status kuning daripada status jingga setelah merekodkan sejumlah 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning telah meningkat kepada tujuh daerah.

“Manakala satu daerah kekal berstatus hijau,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru