Thursday, August 18, 2022

Dua orang terbabit kemalangan selepas hantar bantuan makanan penduduk PKPD

Secara Rawak

SARIKEI: Anggota Bomba dan Penyelamat Sarikei sempat membantu mangsa kemalangan sejurus selesai operasi penghantaran makanan kepada penduduk terjejas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini semalam.

Insiden kira-kira 2.00 petang itu dipercayai berlaku akibat kemalangan kendiri.

Ketua Balai dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata,  kejadian berlaku ketika pasukannya dalam perjalanan pulang ke balai sejurus selesai menyertai misi kemanusiaan.

“Kami terserempak dengan dua orang mangsa itu secara kebetulan. Dalam kejadian itu, motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri dan terbabas di bahu jalan.

“Sebelum ketibaan pihak ambulans dan Polis, kami melakukan pemeriksaan dan memberikan rawatan awal kepada mangsa wanita yang cedera. Sementara, penunggangnya seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada petugas kesihatan sebelum dibawa ke Hospital Sarikei sebagai tindakan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru