Wednesday, September 22, 2021

Parlimen perlu bersidang bincang isu, kemuka resolusi

Mesti baca

KUCHING: Sidang Khas Parlimen dijangka akan berlangsung sekitar akhir Ogos nanti atau selewat-lewatnya pada minggu pertama September tahun ini.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerusi kenyataan bersama-sama semalam.

Menerusi kenyataan itu, mereka berkata Sesi Sidang Khas itu penting untuk memastikan semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perincian mengenai hal-hal resolusi yang diperlukan.

“Ia juga untuk diterima pakai berkaitan perancangan mengadakan sidang Parlimen secara hibrid merangkumi beberapa pindaan ke atas Peraturan Mesyuarat, takrif-takrif persidangan maya, penyelarasan tanggungjawab Ahli Parlimen serta perkara-perkara teknikal yang berkaitan.

“Sekiranya cadangan ini diterima oleh kedua-dua Dewan, sedikit masa lagi diperlukan oleh Parlimen Malaysia untuk memperoleh bekalan, mengintegrasikan sistem persidangan hibrid dengan sistem sedia-ada, ujian (trial-run), pentauliahan dan juga latihan kepada petugas dan juga Ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebagai rekod, Sidang Khas Parlimen yang dicadangkan itu juga tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Secara Rawak

Artikel Terbaru