Wednesday, September 22, 2021

Empat kluster di Sarawak berakhir

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  semalam memaklumkan penamatan empat kluster setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster tersebut.

Katanya dalam satu kenyataan semalam, kluster yang ditamatkan ialah Kluster Jalan Limbang, Miri, Kluster Bako Hilir, Kuching, Kluster Jalan Lilin, Miri dan Kluster Kampung Semerah Padi Fasa 1, Kuching.

Jelasnya, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 94 kluster dengan 16 kluster aktif yang  merekodkan 227 penambahan kes baharu manakala 78 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Sementara itu, katanya, daerah Saratok telah bertukar ke status merah dari status jingga pada Jumaat setelah merekodkan sejumlah 46 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah meningkat kepada 30 daerah dan jumlah daerah berstatus jingga menurun kepada tiga daerah.

Manakala, enam daerah kekal berstatus kuning dan satu daerah kekal berstatus hijau.

Secara Rawak

Artikel Terbaru