Wednesday, September 22, 2021

Wanita Sibu terpedaya dek cinta palsu, rugi RM15,000

Mesti baca

SIBU:  Lagi kisah wanita terkulai layu  dek cinta palsu lelaki di alam maya.

Meski sudah banyak dipaparkan melalui media, namun masih banyak yang terpedaya oleh lelaki melalui love scam.

Terbaharu, seorang wanita, seorang kerani berusia 38 tahun  rugi RM15,000 terjerat sindiket Love Scam gara-gara tipu muslihat oleh lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Lukiet’ yang berasal dari Korea, tetapi kini kononnya bekerja di Kuching.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit  dalam satu kenyataan,  mangsa  berkenalan dengan suspek menerusi Facebook sebelum menjalin hubungan cinta.

Ini ialah cinta dua insan  tanpa pernah bersemuka tetapi sekadar melalui media sosial.

Katanya melalui satu kenyataan hari ini, suspek memberitahu pengadu dia  kononnya konsultan peralatan gerudi  dan berjanji hendak datang ke Sibu bagi mengahwini pengadu.

Pada 22 Jun lalu, suspek  meminta pengadu melakukan transaksi pindahan duit ke akaun sebuah bank berjumlah RM15,000.

Jelasnya, tanpa rasa ragu, pengadu  membuat dua kali transaksi  berjumlah RM9,000 dan RM6,000  masing-masingnya  kerana suspek mengalami masalah akaun dan ingin membeli mesin gerudi.

Katanya lagi, suspek sekali lagi meminta wanita itu untuk memindahkan wang sebanyak RM35,000 atas alasan yang sama,  namun pengadu mula sedar dirinya ditipu dan membuat laporan polis semalam.

“Suspek telah berjaya memperdayakan pengadu untuk memindahkan wang ke akaun suspek dengan menawarkan cinta yang tidak wujud,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru