Friday, July 30, 2021

Tiada rancangan jual lapangan terbang

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan tiada perancangan untuk menjual mana-mana aset lapangan terbang di Malaysia termasuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak kerana ia dianggap sebagai aset strategik kerajaan.

Menurut Kementerian Kewangan, sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini, dan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak-pihak yang berbuat demikian,” kata Kementerian keewangan dalam  satu kenyataan susulan spekulasi media berhubung penjualan LTSAAS.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan juga ingin memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan 60 tahun, iaitu sehingga tahun 2067  ke atas tanah  terletaknya LTSAAS ketika  ini,” katanya

Jelas Kementerian Kewangan lagi, LTSAAS  ialah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi  antara Kerajaan dengan MAHB yang dimeterai pada 2009.

Katanya, MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut.

Setakat ini, jelasnya, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS.

Secara Rawak

Artikel Terbaru