Friday, July 30, 2021

Terus komited sekat seludup dadah ke Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak akan terus komited mencari strategi penyelesaian dalam menyekat penyeludupan dadah dan bahan terlarang ke negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, peningkatan jumlah rampasan dadah adalah melibatkan kemasukan atau penyeludupan melalui perkhidmatan kurier dan kargo di lapangan terbang dan pelabuhan utama di Sarawak.

Selain mencari strategi penyelesaian jelasnya, lawatan ke pusat kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini adalah untuk memahami dan mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan di sini.

“Kekangan tersebut termasuk pengesanan kemasukan dadah dan bahan terlarang melalui perkhidmatan kurier dan kargo di lapangan terbang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan di pusat kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru