Friday, July 30, 2021

Sibu, Kuching, Kanowit, Bintulu rekod kes tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 673 dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia menjadikan keseluruhan 62,820 kes direkodkan di negeri ini.

“Kes jangkitan paling tinggi adalah di Sibu dengan 122, diikuti Kuching (109), Kanowit (84), Bintulu (57), Sarikei (51), Tebedu (37), Telang Usan (31), Mukah (20), Bau (18), Miri (18), Sri Aman (13), dan Tatau (13).

“Manakala 11 kes di Saratok, Kapit (8), Subis (8), Sebauh (8), Pakan (8), Bukit Mabong (8), Asajaya (7), Kabong (7), Samarahan (6), Serian (5), Matu (5), Song (5), Dalat (4), Lawas (3) Selangau (2), Lubok Antu (2), Julau (1), Betong (1) dan Tanjung Manis (1),” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata empat kematian baharu dilaporkan dan salah seorang mangsa adalah wanita berusia 39 tahun menghidap penyakit kanser di Kapit.

“Sementara tiga kematian lain melibatkan lelaki masing-masing berusia 54 tahun di Subis, 66 tahun di Miri dan 80 tahun di Kuching, menjadikan sejumlah 396 korban wabak itu di negeri ini,”ujar JPBN.

Dalam pada itu, JPBN berkata daerah Saratok bertukar ke status merah dari jingga menjadikan sebanyak 30 daerah merah di Sarawak.

Secara Rawak

Artikel Terbaru