Tuesday, September 21, 2021

Polis telah keluarkan 8,203 kompaun  di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Polis Sarawak mengeluarkan 53 kompaun di daerah Kuching (32), Bintulu (8), Sarikei (6), Saratok (3), Sibu (3) dan Kota Samarahan (1) kerana telah melanggar SOP.

Menurut JPBNS, ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 8,203 kompaun.

Jelasnya lagi, tujuh tangkapan  dilakukan ke atas seorang lelaki warga tempatan dan enam lelaki warganegara Indonesia semasa sekatan jalan raya di sini kerana melanggar SOP iaitu membawa lebih daripada had yang dibenarkan.

Sementara itu, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan lapan kompaun di bawah seliaan MP Padawan (2), BDA (2), MD Luar Bandar Sibu (1), MD Sarikei (1), MP Kota Samarahan (1) dan MD Limbang (1) atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,159 kompaun.

Secara Rawak

Artikel Terbaru