Friday, July 30, 2021

Pemandu, peniaga Grab jana  hampir RM30 bilion pada tahun 2020

Mesti baca

KUCHING:  Grab, platform e-panggilan dan penghantaran makanan terkemuka, berkata bahawa pemandu dan peniaganya mampu menjana pendapatan sehingga AS$7.1 bil (RM29.5 bil) pada tahun 2020.

Menurut Laporan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG), 46 peratus responden yang terlibat dalam kaji selidik itu tidak bekerja atau tidak mempunyai pekerjaan sebelumnya.

“Sebanyak 33 peratus rakan peniaga GrabFood direkodkan beroperasi secara dalam talian buat pertama kalinya dengan Grab. Hampir 600 000 perniagaan kecil menyertai GrabFood dan GrabMart pada tahun 2020,” kata Grab dalam satu kenyataan berhubung dengan laporan itu seperti dipetik JendelaDBP.

“Manakala, sebanyak 59 peratus daripada keseluruhan pinjaman modal kerja yang dikeluarkan oleh Kumpulan Kewangan Grab pada tahun 2020 adalah daripada peniaga kecil,”  katanya lagi.

Jelasnya, lebih daripada 1.7 juta rakan pemandu menyempurnakan program latihan yang dibantu oleh Grab. Program ini merangkumi kursus literasi digital, perlindungan data, literasi kewangan, komunikasi bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Grab mengumumkan inisiatif baharu yang mengukuhkan komitmennya untuk mengurangkan pelepasan karbon dan jejak persekitaran syarikat. 

Antaranya, pengguna platform aplikasi tersebut tidak lama lagi dapat mengurangkan jejak karbon mereka apabila membuat perjalanan menggunakan Grab menerusi ciri pengimbangan karbon.

Secara Rawak

Artikel Terbaru