Monday, October 25, 2021

Empat lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga lokaliti di Bintulu dan sebuah kampung di Asajaya berkuat kuasa sehingga 8 Julai ini. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), lokaliti terbabit ialah Kuarters Sri Minah Timber, Rumah Sewa Beverly Hills, Bintulu dan Kuarters UnionEngineering Bintulu (Signa Jaya) di Bintulu. 

Di Asajaya pula, arahan PKPD tersebut melibatkan Kampung Sadong Jaya Laut. 

“PKPD di Kampung Baru, Kota Samarahan pula ditamatkan semalam termasuk di Rumah Demong anak Li, Batu 8, Jalan Maskat Labang di Sebauh,” jelas kenyataan JPBNS, semalam. 

“Turut ditamatkan PKPD di Rumah Chali anak Ugok, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri dan di Blok D,G,H,I,O dan Q PPR Bandaria Park, Bintulu dan di Kuarters Pekerja Kem Gabong Trading Sdn Bhd di Tatau,” katanya.

“Tiga lagi lokaliti yang dikenakan PKPD iaitu Kampung Kolong 2 di Kuching dan Rh. Jarop, Changkol di Lubok Antu ditamatkan hari ini manakala PKPD di Rh. Mambang, Nanga Lingah, Julau ditamatkan esok,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru