Friday, July 30, 2021

5,812 kes, termasuk 673 di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 673 kes positif Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini.

Ia merupakan sebahagian daripada  5,812 kes jangkitan baharu Covid-19  di seluruh negara direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Semalam Sarawak mencatatkan 581 kes.

Dengan kes terbaharu itu, negeri ini merekodkan 62,820 kes setakat ini.

Angka terbaharu itu dicatatkan tiga hari sebelum sekatan pergerakan penuh  sepatutnya tamat.

Purata kes harian dalam tempoh tujuh hari lalu ialah 5,350 kes.

Bilangan kes mengikut negeri:

Selangor (2,187)

Kuala Lumpur (771)

Sarawak (673)

Negeri Sembilan (658)

Pulau Pinang (270)

Melaka (223)

Johor (196)

Kedah (186)

Sabah (156)

Pahang (139)

Labuan (123)

Kelantan (98)

Perak (72)

Terengganu (46)

Putrajaya (14)

Secara Rawak

Artikel Terbaru