Friday, October 22, 2021

468,444 suntikan berjaya dilakukan di Sarawak hanya dalam 10 hari

Mesti baca

KUCHING: Sarawak berjaya menyuntik 468,444 dos vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hanya dalam 10 hari dari 13 Jun hingga 22 Jun lalu.

Ini, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian, jauh lebih tinggi berbanding hanya 442,061 suntikan dalam tempoh hampir empat bulan  pertama, dari 26 Feb hingga 12 Jun tahun ini.

“Bermula dengan langkah kecil, terus pantas ditingkatkan,” kata beliau yang juga Penasihat Jawatankuasa Pengurusan bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Beliau yakin Sarawak dapat mempercepat kadar suntikan vaksin meskipun ia berdepan kekangan kekurangan staf perubatan profesional berbanding negeri-=negeri lain.

“Beri kami vaksin, kami akan dapat lakukannya di luar daripada sasaran,” tegasnya melalui satu hantaran di Facebooknya.

Menurut beliau, kelicinan dan kepantasan kadar pemberian vaksin di negeri ini disumbangkan oleh pembabitan komuniti yang turut memainkan peranannya.

Katanya, ikhtiar bersungguh-sungguh diambil oleh barisan hadapan merupakan kunci utama Sarawak dapat mencapai kadar tinggi.

Sementara itu, beliau turut menasihati penduduk Sarawak agar sentiasa memantau MySejahtera mereka untuk mengetahui janji temu, sambil menjelaskan temu janji untuk minggu ini adalah untuk mereka yang dilahirkan pada tahun 1970-an, diikuti dengan golongan yang lahir pada 1980-an.

Beliau menasihati individu yang telah mendapatkan janji temu tidak datang terlalu awal, iaitu lebih daripada 30 minit.

Secara Rawak

Artikel Terbaru