Friday, July 30, 2021

189,280 di Sarawak terima dua dos

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 189,280 individu di Sarawak telah menerima kedua-dua dos di bawah Program Imunisasi  Covid-19 Kebangsaan.

Itu merupakan sebahagian daripada 1,805,367 individu yang  telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19 setakat Rabu di negara ini.

Menurut  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba semalam menerusi hantaran di Twitter rasminya,  4,749,133 orang menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 237,662 diikuti Johor (192,501), Sarawak (189,280), Perak (165,932) dan Kuala Lumpur (157,393), menurut hantaran itu.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Dr Adham berkata,  sebanyak 252,773 dos diberikan pada Rabu berbanding 250,529 dos hari sebelumnya.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 174,448 ialah penerima dos pertama manakala 78,325 lagi dos kedua. 

Sementara itu, jumlah kes Covid-19 di Sarawak setakat semalam ialah 62,147, termasuk 577 kes terbaharu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru