Saturday, October 23, 2021

Najib: Atasi krisis dengan betul bukan separuh masak

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata prinsip beliau mudah sekiranya mahu buat sesuatu untuk mengatasi krisis, hendaklah dengan betul-betul dan bukan separuh masak.

Ini kerana tegas Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu supaya matlamat dicapai secepat mungkin dan krisis tidak diheret berpanjangan.

“Jika perlu korban untuk kebaikan bersama, semua kena korban bersama untuk seketika. Bukan ada yang lepas tapi majoriti yang terkorban,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

“Perlu adil. Dan bantuan patut diberi awal pada kadar yang wajar dan realistik bagi meringankan beban golongan yang paling terjejas supaya mereka mampu menghadapi tempoh pengorbanan,” tekannya lagi dalam satu hantaran di Facebook.

Katanya lagi, untuk mengatasi sesuatu krisis juga perlu peka dan peduli dengan kesusahan Rakyat.

“Susah faham ke ni? Sudah berpuluh kali saya pesan sejak bulan Januari lagi,” katanya.

Terdahulu di media sosialnya itu Najib turut melemparkan persoalan adakah ‘lockdown’ akan dilanjutkan lagi.

“Hari ini ialah hari ke-23 ‘total lockdown’ yang sudah diakui bukan total oleh Menteri PN (Perikatan Nasional).

“45 hari sudah berlalu sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0 seluruh negara diumumkan pada 10 Mei 2021 namun 21 lagi kluster baharu masih dikesan semalam. (PKP 1.0 tahun lalu yang amat ketat cuma 45 hari sahaja),” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru