Thursday, December 9, 2021

180 juta sudah dijangkiti, termasuk lebih 421,000 kes terbaharu

Secara Rawak

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 180.34  juta manakala jumlah kematian keseluruhan lebih 3.90 juta.

Jumlah kes jangkitan baharu di seluruh dunia dalam 24 jam lalu ialah 421,206 kes.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Khamis menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.44 juta kes dengan lebih 618,278  kematian termasuk 310 kematian dalam 24 jam lalu.

Ini diikuti India dengan lebih 30  juta kes dengan 392,014 termasuk 978 kematian terbaharu dan Brazil dengan lebih 18.17 juta kes dengan  507,240  kematian termasuk 2,343 kematian terbaharu.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

Perancis merekodkan   lebih 5.76 juta kes jangkitan dan 110,862   kematian termasuk 33  kematian terbaharu manakala Turki  lebih 5.38 juta jangkitan dengan  49,358  kematian termasuk 65 kematian terbaharu.

Rusia pula merekodkan 5.35 juta kes jangkitan dengan 130, 895 kematian termasuk 548 kematian terbaharu.

United Kingdom, Itali dan Argentina mencatat kes melebihi empat juta kes.

Colombia, Sepanyol, Jerman dan Iran pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Mexico, Ukraine, Peru dan Indonesia mencatat lebih dua  juta kes.

Indonesia kini berada di tangga ke-18 dunia dengan 2,033,606 kes jangkitan dan 55, 594 kematian, termasuk 303 kematian terbaharu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru