Friday, July 30, 2021

Wang kerta bertaburan dilontar wanita dari tingkat 28

Mesti baca

SHANGHAI: Penduduk di Longwu, Shanghai terkejut melihat wang kertas tiba-tiba jatuh bertaburan dari bangunan setinggi 28 tingkat.

Selepas disiasat lanjut, rupa-rupanya ia dilontar keluar oleh seorang wanita yang dikatakan mengalami masalah mental.

Penduduk komuniti tersebut mengutip semua wang kertas 100 yuan (RM64) dan menghubungi pihak polis serta menyerah wang tersebut kepada.

Menurut salah seorang saksi kejadian, dia melihat wang kertas berterbangan di udara dan jatuh di pokok, di tanah dan laman sekitar kawasan itu.

Selepas menyiasat lanjut, polis mengesahkan wang itu dibuang oleh wanita dari balkoni tingkat 28.

Ibu wanita itu mengatakan anaknya menderita penyakit mental dan mengambil wang tunai tersebut dari rumah mereka.

Menurut Global Times, ibunya juga mengucapkan terima kasih kepada polis dan mereka yang membantu mengumpul serta mengembalikan wang tersebut.

“Saya tidak tahu perkara ini sekiranya polis tidak memberitahu saya. Saya sangat tersentuh dengan kebaikan semua orang yang mengutip dan mengembalikan wang itu,” katanya

Secara Rawak

Artikel Terbaru