Friday, July 30, 2021

Tiga rumah panjang di Sri Aman dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Tiga buah rumah panjang di Sri Aman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam hingga 4 Julai.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JOBN) Sarawak berkata, PKPD itu melibatkan Rumah Majeng, Kampung Po Ai, Rumah Kedeni, Kampung Batu Besai, dan Rumah Mengga, Kampung Batu Besai.

“Dua lagi kawasan iaitu Kuarters Pekerja Balingian Power Generation (BPG), Jalan Sibu-Mukah, Mukah dan Rumah Gabriel Ikau , Sungai Lepah, Tanjung Manis turut dikenakan PKPD bermula 23 Jun hingga 6 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, JPBN mendedahkan PKPD di sembilan kawasan ditamatkan bermula semalam.

“Pada 20 Jun, PKPD ditamatkan di Rumah Bair Mam, KM28, Jalan Samarakan, Tatau Rumah Setinggan Batu 6, Bintulu dan Rumah Clement Bayang, KM30 Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu.

“PKPD di Rumah Rentap, Sg. Rayah, Bintangor, Meradong, Rumah Barang, Sg. Melinau, Bukit Mabong, Rumah Kelly Kumpang Langgir, Engkelili, Sri Aman, Rumah Banying Kumpang Langgir, Engkelili, Sri Aman dan Rumah Patrick Andin Uli, Sg. Serakit, Sebauh ditamatkan pada 21 serta 22 Jun bagi Rumah Demai, Sg. Lelabi, Bintangor, Meradong,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru