Friday, July 30, 2021

Sokong teliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Pas mendukung usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentuk sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Menurut Ketua Penerangan Pas Pusat Kamaruzaman Mohamad, perkembangan itu memperlihatkan kerajaan komited melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Katanya kerajaan mendukung prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berpas meyakini kerajaan sedang memperhalusi semua aspek dengan teliti supaya pelaksanaan sidang Parlimen berjalan dengan berkesan.

“Keupayaan dan kebersediaan daripada segenap aspek diusahakan sebaik mungkin agar selari dengan peruntukan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya  melalui satu kenyataan.

Pada Ahad, Perdana Menteri memberitahu sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Menurutnya kerajaan memberi komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

Kata beliau juga sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang.

Jelas Kamaruzaman lagi, Pas mendukung usaha Perdana Menteri membentuk sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru