Friday, July 30, 2021

PdPR: Tiga cadangan untuk pertimbangan kerajaan bantu pelajar 

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan supaya memberikan peruntukan bantuan tambahan segera kepada anak-anak keluarga B40 seperti bantuan tablet dan bakul makanan asas untuk mereka berhadapan dengan PdPR.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin, kerajaan juga perlu mewujudkan satu program untuk memberikan kefahaman kepada ibu bapa agar mereka boleh terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan proses PdPR.

Selain itu, beliau juga menyarankan diambil langkah mewujudkan program motivasi secara dalam talian sama ada mengenai kecemerlangan akademik atau kepimpinan untuk para pelajar sekolah agar psikologi mereka dapat diperkasa ketika berada di rumah dan melalui PdPR.

“Taniah kepada Senator Menteri Kanan Pendidikan dan tahniah juga buat barisan Pengurusan Kanan Kementerian Pendidikan di atas usaha yang proaktif dan praktikal ini,” kata beliau mengenai langkah mengisi kekosongan jawatan guru, termausk di Sarawak.

Sebelum ini KPM mengumumkan bahawa sebanyak 18,702 kekosongan Pegawai Perkhidmatan Gred DG41 akan diiklankan pada 7 Julai ini dan penempatan akan dilakukan secara berperingkat bermula seawal Oktober 2021.

KPM juga memaklumkan  bahawa negeri-negeri yang mempunyai jumlah kekosongan guru tertinggi ialah Negeri Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor

Secara Rawak

Artikel Terbaru