Friday, July 30, 2021

Memang itu stail Menteri Kewangan, kena desak baru beri sikit-sikit

Mesti baca

KUALA LUMPUR: “Memang style menteri kewangan ni kena kita desak secara berterusan, barulah dia bagi sikit-sikit,” sindir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata demikian sebagai  mengulas pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan kelulusan automatik moratorium bagi peniaga yang tidak boleh beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Cuma sebagaimana desakan Pemuda Umno, kami bukan sahaja minta kerajaan pertimbangkan moratorium automatik kepada para peniaga yang terjejas akibat tidak berniaga disebabkan PKP, tapi juga dua perkara utama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

“Iaitu moratorium automatik secara pukal untuk semua kategori termasuk B40, M40 dan pengusaha kecil dan sederhana.

“Serta moratorium tanpa caj ataupun faedah tambahan yang sifatnya compounded dan amat membebankan rakyat,” katanya.

Kata Asyraf lagi, hampir setiap hari pihaknya menerima beratus-ratus aduan dan maklum balas perihal pengalaman masing-masing berurusan dengan bank.

“Tolonglah rakyat yang sedang menderita, tertekan dan amat memerlukan bantuan ini!” gesa beliau.

Secara Rawak

Artikel Terbaru