Friday, July 30, 2021

Lelaki rugi RM11,000, isteri baharu dikahwini lari

Mesti baca

KARNAKATA: Ahli perniagaan rugi Rs200,000 (RM11,000) selepas isteri yang baru dikahwinnya beberapa jam melarikan lari bersama-sama abangnya dan lelaki pengatur perkahwinannya.

Ankit Jain, 38, bertemu isterinya Swati Bhatt dengan bantuan Satish Patel yang menjadi orang tengah perkenalan mereka.

Ankit setuju mengahwini Swati dengan hanya melihat fotonya tanpa berjumpa Swati.

Dia diminta membayar Rs170,000 (RM9,521) kepada abang Swati, Hitesh Trivedi dan Rs20,000 (RM1,120) kepada Patel.

Ibu Ankit pula memberi Swati sebentuk cincin emas Rs1,400 (RM78) dan kain sari.

Perkahwinan berjalan lancar selepas majlis selesai, pasangan pengantin dan ibu Ankit bergerak menuju rumah pakcik Ankit.

Semasa dalam perjalanan Swati meminta Ankit berhenti untuk ke tandas dan membeli makanan.

Apabila Swati tidak keluar dari tandas, Ankit dan ibunya mencarinya di merata-rata tempat dan mula mengesyaki mereka ditipu.

Menurut Independent, mereka cuba menghubungi abang Swati dan Patel, tetapi panggilan mereka tidak dijawab.

Ekoran itu mereka membuat laporan polis.

Secara Rawak

Artikel Terbaru