Friday, July 30, 2021

Lelaki buruan polis ditahan semasa dapatkan vaksin

Mesti baca

BEIJING: Seorang lelaki yang diburu polis berjaya dikesan selepas dia menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor Toutiao News.

Lelaki itu ditemui oleh pegawai polis tempatan di tapak suntikan vaksin di Muchuan.

Bagi mengesahkannya, polis menghampirinya dan menyamar menjadi pekerja kesihatan dan bertanya maklumat peribadinya.

Selepas memastikan dia lelaki yang dicari, pegawai polis segera menghubungi rakan setugas dan lelaki itu ditahan semasa dalam tempoh pemerhatian selepas divaksin.

Insiden ini menyebabkan netizen geli hati, malah ada yang meminta polis mengingatkan suspek mendapatkan dos keduanya dalam masa sebulan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru