Friday, July 30, 2021

Kes sporadik  Covid-19 masih pada tahap peratusan tinggi

Mesti baca

NKUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan (Lockdown) mulai 1 Jun lalu kini telah memasuki minggu ketiga di mana jumlah kes harian Covid-19 dilihat masih berada pada paras yang tinggi melebihi 4,000  kes sehari. 

“Kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi,” kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya, dari 1 Januari 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-53/2020] hingga 19 Jun lalu,  (ME ke-24/2021), Malaysia telah merekodkan sebanyak 578,105 kes COVID-19. 

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 398,846 kes (69.0 peratus) adalah kes sporadik di mana negeri tertinggi yang melaporkan kes sporadik adalah negeri Selangor dengan 151,725 kes (38.0 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 44,517 kes (11.2 peratus) dan diikuti oleh negeri Sarawak sebanyak 40,889 kes (10.3 peratus)<’ jelasnya.

“Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala.,” katanya.

Tegasnya,  yang lebih membimbangkan ialah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.  

Jelasnya lagi, pada ME ke-24, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di Malaysia. 

“Tiga daerah tertinggi melaporkan Daerah Petaling dengan 3,905 kes, Daerah Hulu Langat dengan 2,783 kes, dan Daerah Klang dengan 2,482 kes,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru