Tuesday, September 27, 2022

Indonesia sudah catat lebih dua juta kes jangkitan

Secara Rawak

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 179.53 juta manakala jumlah kematian keseluruhan ialah 3.88 juta.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Selasa menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.41  juta kes dengan lebih 617,463  kematian termasuk 213 kematian dalam 24 jam lalu.

Ini diikuti India dengan lebih 29.97 juta kes dengan 389,268 termasuk 846 kematian terbaharu dan Brazil dengan lebih 17.96 juta kes dengan  502,817 kematian termasuk 899  kematian terbaharu.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

Perancis merekodkan   lebih 5.75 juta kes jangkitan dan 110, 778  kematian termasuk 51  kematian terbaharu manakala Turki 5.37 juta jangkitan dengan  49,236 kematian termasuk 51 kematian terbaharu.

Rusia pula merekodkan 5.33juta kes jangkitan dengan 129, 801 kematian termasuk 440 kematian terbaharu.

United Kingdom, Itali dan Argentina mencatat kes melebihi empat juta kes.

Colombia, Sepanyol, Jerman dan Iran pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Mexico, Ukraine, Peru dan Indonesia mencatat lebih dua  juta kes.

Indonesia kini berada di tangga ke-18 dunia dengan 2,004,445 kes jangkitan dan hampir 60,000 kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru