Monday, August 2, 2021

Cuba seludup 1,000 liter minyak: Lelaki tempatan ditahan

Mesti baca

BINTULU: Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan selepas dikesan cuba menyeludup 1,000 liter minyak diesel di Jalan Persisir Bintulu-Kuala Tatau, semalam.

Cubaan suspek membawa masuk sebuah lori jenis Hino ke Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Warisan Jepak dikesan oleh Unit Risikan Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) Bintulu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM W5 Bintulu Sarawak Asisten Superintendan Ezuandi Bahadin berkata, suspek ditangkap hasil Op Kontraban yang dilakukan oleh pasukan operasi sekitar jam 1.30 petang.

Menurutnya hasil pemeriksaan awal mendapati lori terbabit dengan muatan satu tangki besi empat segi berwarna hitam mengandungi lebih kurang 1,000 liter minyak diesel.

“Suspek gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki barang kawalan tanpa permit khas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Kesemua minyak diesel tersebut dianggarkan bernilai RM2,150,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru