Friday, July 30, 2021

Ambil guru: Surat terbuka kepada Menteri Pendidikan

Mesti baca

KUCHING: Pensyarah Universiti pendidikan Sultan Idris, Profesor Madya Dr Ridzwan Che’ Rus percaya, Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat memastikan hanya bakat terbaik menjadi pendidik kepada generasi baharu  di negara ini.

“Dengan segala kompetensi yang ada pada siswazah pendidikan di Malaysia kami percaya mereka akan membantu membentuk generasi baharu negara Malaysia bangkit semula menjadi Harimau Asia. Dengan itu, sistem pendidikan di Malaysia akan terus cemerlang membina negara tercinta ini,”  katanya menerusi  surat terbuka kepada Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

“Kami dengan suka citanya menyambut baik hasrat KPM melalui pengumuman oleh Datuk berkaitan pengambilan guru baharu untuk KPM. Namun demikian di sebalik berita gembira tersebut tersebut kenyataan walaupun ringkas tetapi agak mendukacitakan buat kami sebagai seorang pensyarah program pendidikan di universiti Pendidikan Nombor 1 di Malaysia iaitu pengambilan guru bukan daripada program Ijazah Pendidikan atau Ijazah Dengan Pendidikan dari 13 Universiti Awam (UA),” ujarnya.

Jelasnya, siswazah  pendidikan Universiti awam Malaysia telah dilatih berdasarkan Objektif Pendidikan Program, Hasil Pembelajaran Program dan Hasil Pembelajaran Kursus berdasarkan Standard Pendidikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selama 4 tahun.

Katanya lagi, mereka ini  ditapis menggunakan Malaysia Educators Selection Inventory (MEdSI) dan kemudian ditemuduga untuk menjadi seorang calon Program Ijazah Pendidikan UA.

“Siswazah Pendidikan ini menguasai segala aspek kurikulum Abad ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan juga semua elemen di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Dengan semua pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan sebagai seorang pendidik mereka juga mempunyai kompetensi teknologi, pedagogi, pengetahuan dan isi kandungan berkaitan mata pelajaran mereka di sekolah yang melibatkan major dan juga minor,” jelasnya lagi.

“Walaupun kita diuji dengan pandemik Covid-19 dan revolusi industri yang memerlukan pengalaman industri bagi melahirkan murid yang mempunyai aspirasi yang dihasratkan di dalam PPPM kami percaya dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat siswazah Pendidikan UA mampu terus meningkatkan kemahiran mereka khususnya berkaitan praktis di industri,” tegasnya.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru