Friday, July 30, 2021

527 Pati Indonesia cuba masuki Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Seramai 572 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) telah dikesan cuba memasuki Sarawak menerusi lorong-lorong di sempadan Sarawak-Indonesia dalam tempoh enam bulan pertama, tahun ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Deputi Komsioner Mancha Ata, jumlah tersebut hasil tangkapan dan pengusiran yang telah dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am dan Kontinjen Polis Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.

Tegasnya kesemua tindakan tangkapan dan pengusiran dilakukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342.

Sementara itu katanya, dalam tempoh sama seramai 45 tekong warga tempatan dan warga asing turut berjaya ditangkap di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain (ANTISOM) 2007.

Tegas beliau, PDRM dengan kerjasama penguatkuasaan lain termasuk Pasukan Gerakan Am, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak telah mengadakan operasi bersepadu dalam usaha mengekang aktiviti kemasukan Pati ke Sarawak melalui jalan darat.

“Justeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemasukan Pati ke Sarawak agar memberi kerjasama dan menghubungi pihak berkuasa.

“Selain itu turut diingatkan bahawa tindakan menyembunyikan atau memberi perlindungan kepada Pati merupakan suatu jenayah berat,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru