Friday, July 30, 2021

4,700 penduduk 15 rumah panjang di Belaga terima suntikan vaksin

Mesti baca

BELAGA: Lebih 4,700 penduduk terdiri daripada 15 rumah panjang di Kawasan Penempatan Semula Rumah Asap di sini telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mereka terdiri daripada penghuni rumah panjang Penan Belangan dan pekerja ladang, kem balak dan industri di sekitar Rumah Asap.

Adun Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon berkata beliau gembira dengan sambutan yang mengalakkan dari orang ramai.

“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini di Dewan Serbaguna Sungai Asap. Ia dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang dan dilanjutkan sehingga 7 malam sekiranya perlu.

“Sudah tentu objektif kerajaan adalah untuk memvaksin semua warganegara dan bukan warganegara untuk melindungi mereka dari Covid-19,” kata Kennedy.

Justeru, beliau berharap mereka yang belum divaksin untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan.

“Mohon kerjasama untuk hadir ke PPV untuk menerima suntikan vaksin sementara ia masih beroperasi ketika ini,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru