Friday, July 30, 2021

186,000 di Sarawak sudah terima dua dos vaksin

Mesti baca

KUCHING: Seramai  186,008 individu di sarawak telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19  bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Ahad.

Menurut  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berdasarkan perkongsian data di akaun Twitternya, ini merupakan sebahagian daripada 1,612,974 individu di negara ini telah lengkap dua dos vaksin.

Jelasnya, 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,815,575 dos.

Lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos paling tinggi ialah Selangor dengan 208,031, Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,000) dan Kuala Lumpur (141,094).

Kata Dr Adham lagi, jumlah pemberian vaksin harian di negara ini pada Ahad ialah 140,573 dos, melibatkan 116,514 penerima dos pertama dan 24,059 dos kedua.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru