Friday, August 12, 2022

Utamakan siswazah lulusan pendidikan, kata Ceupacs Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) menyeru agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dapat memberi peluang serta mengutamakan siswazah yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam Pengambilan Khas Guru secara sekali mulai 7 Julai ini.

Pemangku Pengerusi Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) Omar Bahrein Unin berkata, peluang patut diberikan kepada siswazah Sarawak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) terlebih dahulu kerana mereka sudah mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menjadi guru.

“Ketika ini, Sarawak mempunyai lebih daripada 600 siswazah yang belum mendapatkan peluang pekerjaan.

“Jika mereka diberikan peluang ia akan membantu dari segi penempatan guru ke seluruh kawasan di negeri ini nanti,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mengumumkan bahawa KPM akan melaksanakan pengambilan khas seramai 18,702 pendidik DG41 bagi menyelesaikan isu masalah kekurangan guru di sesetengah negeri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru