Wednesday, September 22, 2021

Kuching, Sibu, Bintulu, Telang Usan catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Angka kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 60,482 kes apabila 682 kes baharu dikesan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 416 atau 61.00 peratus daripada jumlah kes itu dikesan di lima buah daerah iaitu di daerah Kapit, Kuching, Sibu, Bintulu dan Telang Usan.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kapit (121), Kuching (83), Sibu (75), Bintulu (69), Telang Usan (68), Tanjung Manis (48), Tatau (36), Miri (28), Sarikei (27), Bau (24), Sri Aman (23), Mukah (19), Kanowit (17), Subis (11), Meradong (7), Pakan (6), Bukit Mabong (6), Song (3), Limbang (2), Beluru (2), Julau (1), Tebedu (1), Lundu (1), Serian (1), Saratok (1), Sebauh (1) dan Lawas (1).

“Daripada 682 kes baharu yang dilaporkan, seramai 61 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 604 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, JPBN mendedahkan terdapat dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 382 orang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru