Sunday, November 27, 2022

Daro kembali ke status hijau

Secara Rawak

KUCHING: Daerah Daro pada semalam telah kembali ke status hijau dari status kuning, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurut jawatankuasa tersebut, tiada kes jangkitan tempatan dikesan di Daerah Daro dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Katanya, jumlah Daerah berstatus hijau di negeri ini telah meningkat kepada dua Daerah.

Manakala kata JPBN, Daerah Betong telah bertukar ke status kuning daripada
status jingga setelah merekodkan sejumlah 12 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Marudi pula telah kembali ke status jingga daripada status merah dengan 40 kes jangkitan tempatan yang dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Simunjan pula telah bertukar ke status merah daripada status Jingga setelah merekodkan sebanyak 44 kes jangkitan tempatan yang dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sementara katanya, sebanyak 32 Daerah berstatus merah, satu Daerah
berstatus jingga dan lima Daerah berstatus kuning.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru