Tuesday, November 29, 2022

ADUN Batu Kitang serah bantuan makanan kepada 399 KIR yang terjejas

Secara Rawak

BATU KITANG: Menyedari kepayahan hidup yang dialami para penduduk yang dikuarantin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang bersama petugas pusat khidmatnya telah mengagihkan sumbangan makanan kepada seramai 399 ketua isi rumah (KIR) di kawasan berkenaan pada Ahad.

Antara kawasan yang menerima bantuan makanan tersebut adalah Taman Sri Permai (195), Taman Indah Landeh (100), Taman Perwira Landeh (38), Taman Cahaya Indah (66).

Khere Chiang telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada setiap wakil sebelum diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

Sementara itu, wakil penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak dan wakil rakyat mereka yang prihatin dalam mengurangkan beban mereka semasa berdepan wabak COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru