Friday, July 30, 2021

Tiada alasan untuk Putrajaya tidak salurkan jumlah dos mencukupi ke Bintulu

Mesti baca

BINTULU: Dengan selesainya isu tempat penyimpanan vaksin di Bintulu, tiada  alasan untuk Kerajaan Pusat tidak menyalurkan jumlah vaksin Covid-19 yang mencukupi dan diperlukan  bagi mempercepatkan usaha pemberian vaksin kepada rakyat di bahagian itu.

Menegaskan perkara itu, Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian ( JPBB ) Bintulu telah menerima peti penyimpanan vaksin pelbagai saiz hasil sumbangan pelbagai pihak menerusi  Tabung  Covid – 19  Pejabat Pusat Khidmat Ah Parlimen Bintulu.

Beliau berkata peti penyimpanan vaksin tersebut mempunyai empat saiz berbeza bagi memudahkannya dibawa termasuk ke kawasan pedalaman.

“Kita berharap Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Sarawak, yang menyelenggarakan vaksin di Sarawak memberikan apa yang akan kita perlukan…”, ujarnya kepada media selepas menyerahkan peralatan perubatan berupa peti penyimpanan vaksin dan peralatan khusus kepada  Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu pada Jumaat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru