Saturday, October 23, 2021

PPV di Masjid Darul Hana sudah beroperasi

Mesti baca

KUCHING: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Darul Hana telah mula beroperasi pada Jumaat.

Ia merupakan salah satu dari tiga PPV Klinik Kesihatan dalam kawasan Pantai Damai yang dibuka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memudahkan penduduk setempat menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tengku Jaafar hadir ke PPV berkenaan pada hari pertama pelaksanaannya untuk meninjau perjalanan proses.

Menerusi tinjauan, sebanyak 420 orang penduduk dari Kampung Boyan dan Kampung Gersik telah menerima vaksin jenis Sinovac pada hari tersebut.

Kedua-duanya merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak yang menyediakan kemudahan PPV untuk rakyat.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Perubatan, Jururawat serta semua sukarelawan yang menyediakan perkhidmatan cemerlang dengan kerjasama dan sokongan Ketua Masyarakat dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sepanjang program.

Justeru, melihat sambutan yang menggalakkan, penduduk di 13 buah kampung dalam Zon Seberang Hilir disaran untuk mendaftar dengan JKKK masing- masing bagi mendapatkan vaksin COVID-19 di Masjid Darul Hana. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru