Wednesday, September 22, 2021

Penduduk Tionghoa yang terkesan dengan PKP dapat bantuan makanan

Mesti baca

KUCHING: Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bako ditubuhkan beberapa dekad yang lalu di bawah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching untuk memberi perkhidmatan kepada minoriti penduduk Tionghoa yang merupakan pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan.

Pada Sabtu, sebanyak 100 bungkus bantuan bekalan makanan diserahkan kepada Ranting PBB Bako bertempat di Bako Residence areas, untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu amat membantu mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dalam keadaan dunia berdepan pandemik COVID-19 ini.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru