Tuesday, September 21, 2021

Lebih 18,000  guru  diperlukan isi kekosongan, termasuk di Sarawak

Mesti baca

PUTRAJAYA: Sarawak, Sabah, Selangor dan Johor merupakan antara negeri utama yang berdepan masalah kekurangan guru ketika ini.

Untuk itu, Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pengambilan khas secara sekali sahaja  18,702 pendidik, bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di sesetengah negeri di negara ini.

Menurut Menteri Pendidikan Radzi Jidin, permohonan pengambilan khas pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 itu, akan dibuka mulai 7 Julai untuk membolehkan pendidik ditempatkan secara berperingkat-peringkat di sekolah masing-masing bermula Oktober depan.

Iklan untuk jawatan itu akan turut  disiarkan dalam akhbar utama.

Beliau menjelaskan KPM memerlukan  sejumlah guru untuk mata pelajaran tertentu namun bekalan untuk mata pelajaran yang mana opsyennya telah penuh, mungkin lebih ramai.

“KPM memerlukan untuk mata pelajaran tertentu tetapi bekalan tidak banyak.

“Wujud keadaan apabila agak sukar untuk KPM mengambil guru baharu bagi memenuhi kekosongan yang ada,” katanya pada Sidang Media Khas secara maya, pagi ini.

Justeru, katanya, disebabkan ketidakpadanan ini wujud keadaan sukar bagi KPM mengambil guru baharu untuk memenuhi kekosongan yang ada.

Katanya lagi, antara mata pelajaran kekurangan guru yang tinggi di sekolah rendah ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Katanya, bagi  sekolah menengah ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru