Wednesday, September 22, 2021

Jangan lupa sektor sokongan sekolah termasuk pengusaha kantin

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan agar  tidak melupakan sektor sokongan persekolahan iaitu pengusaha kantin yang hari ini terbeban sepertimana pelbagai lapisan rakyat lain.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar berpandangan dalam usaha kerajaan melaksanakan vaksinasi kepada pelajar sekolah khususnya yang akan menghadapi peperiksaan umum, sektor tersebut juga perlu diberikan perhatian.

“Sektor persekolahan akan terus di tutup sehinggalah fasa pemulihan bermula. Keputusan Kerajaan untuk membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas untuk divaksinasi sangat dialu-alukan,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

“Begitu juga keputusan untuk mengutamakan pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum divaksinasi segera. Semua ini akan mempercepatkan pembukaan sektor persekolahan dan memulihkan sistem pembelajaran dan pengajaran.

“Sementara menunggu semua intervensi tersebut berlaku, janganlah kita lupa kepada sektor sokongan seperti pengusaha kantin sekolah. Lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara sangat terjejas dengan penutupan sekolah,” katanya  lagi.

Justeru  antara lain beliau mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia mengecualikan semua sewa premis kantin sekolah sehingga sektor persekolahan benar-benar telah pulih.

Jelasnya, lanjutan kontrak semua pengendali kantin sekolah juga, wajar dilanjutkan selama dua tahun lagi, bagi menampung kehilangan peluang dan pendapatan selama hampir dua tahun kerana penutupan sektor persekolahan.

“Pada saat sebegini, apa juga tindakan yang dapat mengurangkan beban rakyat mesti menjadi keutamaan tertinggi Kerajaan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru