Wednesday, September 22, 2021

500,000 sudah mati di Brazil

Mesti baca

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 178.93 juta manakala jumlah kematian keseluruhan ialah 3.87 juta.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Ahad menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.40  juta kes dengan lebih 617,083  kematian termasuk 170 kematian dalam 24 jam lalu.

Ini diikuti India dengan lebih 29.88 juta kes dengan 386,740  termasuk 1,239 kematian terbaharu dan Brazil dengan lebih 17.88 juta kes dengan  500,868 kematian termasuk 2,247  kematian terbaharu.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

Perancis merekodkan   lebih 5.75 juta kes jangkitan dan 110, 724  kematian termasuk 22  kematian terbaharu manakala Turki 5.36 juta jangkitan dengan  49,122 kematian termasuk 51 kematian terbaharu.

Rusia pula merekodkan 5.29 juta kes jangkitan dengan 128, 911 kematian termasuk 466 kematian terbaharu.

United Kingdom, Itali dan Argentina mencatat kes melebihi empat juta kes.

Colombia, Sepanyol, Jerman dan Iran pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Mexico, Ukraine dan Peru mencatat lebih dua  juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru