Wednesday, September 22, 2021

Rogol kanak-kanak sampai mengandung: Lelaki ditahan di Miri

Mesti baca

MIRI: Seorang lelaki disyaki merogol seorang remaja bawah umur sehingga mengandung ditahan polis pada Jumaat malam bagi membantu siasatan kes.

Suspek berusia 18 tahun ditahan ditahan di sebuah rumah panjang di Batu 8 Lambir oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari mangsa berusia 15 tahun didapati hamil selepas membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Lambir sehari sebelum suspek ditahan.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa teman wanita suspek iaitu kanak-kanak bawah umur didapati hamil lapan minggu.

“Susulan itu suspek kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, suspek dan mangsa difahamkan mengenali antara satu sama lain menerusi laman media sosial sejak awal tahun yang lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru