Friday, July 30, 2021

Anwar: Kenyataan Agong, Majlis Raja-Raja kemuncak suara rakyat

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kenyataan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja baru-baru ini berhubung keadaan semasa dalam negara disifatkan kemuncak kepada suara rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan itu jarang berlaku dalam sejarah politik negara sehinggakan suara-suara rakyat terpaksa disampaikan oleh Institusi Diraja.

Dakwa Anwar, keadaan ini berlaku kerana keresahan rakyat terhadap suasana politik dan ekonomi yang disifatkan semakin berkecamuk.

“Maka maknanya kita sudah sampai ke kemuncaknya… Ini kerana di antara lain terkait dengan masalah COVID-19.

“Kita sebut umpamanya dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown, segala langkah itu ada kemunasabahannya.

“Tetapi kita mesti mula dengan vaksin, kegagalan paling besar kerajaan adalah penyediaan vaksin yang mencukupi,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, pada Ahad seperti dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden “Bangkit Bersama Rakyat” pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-15 secara maya.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru