Thursday, December 9, 2021

12,000 penduduk Saratok akan dapat suntikan vaksin

Secara Rawak

SARATOK: Dianggarkan seramai 12,000 penduduk di daerah Saratok yang layak dijangka mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Daripada jumlah tersebut, lebih 5,000 telah berjaya mendapatkan suntikan vaksin sehingga Ahad.

Selain Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sri Krian Saratok, daerah ini juga mempunyai PPV di Klinik Kesihatan Nanga Budu yang dikhaskan untuk penduduk sekitar Nanga Budu.

PPV Saratok juga akan meningkatkan jumlah penerima vaksin dengan sasaran 600 orang dalam sehari.

Sementara itu, Residen Bahagian Betong, Friday Belik telah menyerahkan sumbangan makanan kepada para petugas di PPV Dewan Sri Krian Saratok pada Ahad.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru