Wednesday, September 22, 2021

Sibu, Sarikei, Kuching, Bintulu rekod kes tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan 569 kes baharu positif Covid-19 dengan lima kematian, hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 59,139.

“Setakat hari ini, daerah Sibu kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 131, diikuti Sarikei (83), Kuching (74), Bintulu (47), Kapit (26), Simunjan (23), Meradong (22), Miri (22), Kanowit (18), Serian (16), Mukah (16) dan Samarahan (14).

” Manakala, masing-masing 11 kes di Subis dan Selangau, Sri Aman (8), Lundu (8), Bau (7), Telang Usan (7), Tatau (6), Pakan (4), Marudi (4), Tebedu (3), Bukit Mabong (3), Pusa (1), Asajaya (1), Lawas (1), Dalat (1) dan Song (1),” kata JPBN menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan daripada lima kes kematian yang direkodkan, tiga dilaporkan di Hospital Sibu manakala dua di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Kesemua mangsa adalah rakyat Sarawak dan berusia antara 46 hingga 87 tahun, menjadikan keseluruhan korban di negeri ini meningkat kepada 378 orang,” ujarnya.

JPBN menyatakan sebanyak 550 individu sudah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan sejumlah 48,682 orang atau 82.32 peratus individu telah sembuh di negeri ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru